9 AIR TERJUN TERINDAH DI DUNIA BUAT MATA TERPUKAU WALAUPUN HANYA MELIHAT GAMBAR!

Antara fenomena alam yang begitu mempesonakan adalah air terjun. Memang unik bagaimana sebuah air terjun terbentuk. Di serata dunia, banyak air terjun terkenal menjadi daya tarikan pelancong.

Malah, sesetengah daripadanya tidaklah begitu tinggi, namun bentuknya menarik. Di negara beriklim sejuk, kebarangkalian air terjun untuk membeku adalah besar. Mari menjamu mata dengan beberapa lokasi air terjun yang terkenal berikut menurut Pando Trip.

1. Air Terjun Victoria (Victoria Falls) di Zimbabwe



Air terjun menakjubkan ini terletak di sempadan Zambia dan Zimbabwe. Air Sungai Zambezi ‘terjun’ dalam garisan lurus setinggi 354 kaki (108 meter). Kelebarannya ( 5,604 kaki/1,708 m), jadi air memercik tinggi dan dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.


2. Iguazu Falls di Argentina/Brazil


Iguazu Falls terletak di sempadan Brazil dan Argentina. Ia tidak begitu tinggi (285 kaki/87 m), tetapi mengagumkan dengan 275 lata yang membentuk ladam kuda seluas 8858 kaki (2700 m).


3. Angel Falls di Venezuela


Angel Falls adalah tertinggi di dunia, yang jatuh dari ketinggian 3,212 kaki (979 m). Anda boleh melawatnya di Taman Negara Canaima, yang dilindungi oleh UNESCO. Ia dinamakan mengikut peneroka Amerika yang menjumpainya, Jimmie Angel.


4. Kaieteur Falls di Guyana


Air terjun setinggi 741 kaki (226 m) ini mempunyai lata yang curam. Ia menarik ramai pelancong yang gemarkan percutian ekstrem kerana ia terletak di kawasan hutan tanpa kemudahan moden.


5. Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS)/Canada


Ia paling terkenal di dunia dan menandakan sempadan AS dan Canada. Niagara terdiri daripada dua bahagian iaitu Horseshoe Falls di bahagian Canada dan American Falls di bahagian Amerika; yang dipisahkan oleh sebuah pulau.

Horseshoe Falls lebih impresif kerana airnya terjun setinggi 173 kaki (53 m), sementara American Falls cuma 70 ke 100 kaki (21–30 m).

6. Gullfoss (Golden Falls) di Iceland

Image result for Gullfoss (Golden Falls) di Iceland

Gullfoss adalah air terjun yang menakjubkan di barat daya Iceland. Tidak terlalu tinggi (dua 36 kaki/11 m and 68 kaki/21 m), namun ia sangat cantik. Terdapat ‘celahan’ di mana sungai Hvítá seakan-akan menghilang di perut bumi.

7. Plitvice Falls di Croatia

Image result for Plitvice Falls di Croatia

Ia terletak di Plitvice Lakes National Park, Croatia. Tidak begitu tinggi, tetapi mempesonakan dengan pelbagai lata. Ada beratus air terjun di sini. Warna air bertukar daripada jernih ke biru langit dan warna firus.

8. Yosemite Falls di USA

Image result for Yosemite Falls di USA

Yosemite Falls merupakan air terjun tertinggi di Amerika Utara. Ia jatuh setinggi 2,425 kaki (739 m) di Sierra Nevada, California. Punca air adalah salji yang mencair, jadi aliran sungai berkurang kerana salji yang tidak banyak.

9. Sutherland Falls di New Zealand

Image result for Sutherland Falls di New Zealand

Sutherland Falls terletak di Fiordland, New Zealand dan ditemui oleh Donald Sutherland pada 1880. Dengan ketinggian 1902 kaki (580 m), ia merupakan antara yang tertinggi di dunia. Ia turun dengan tiga lata yang membentuk landskap unik.

Kalau di negara kita, kena sentiasa berhati-hati ketika mandi air terjun kerana fenomena ‘kepala air’ yang boleh mengakibatkan maut.

Post a Comment

1 Comments

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete