40 Cara Mengempiskan Perut Dengan Berkesan



Jika anda mengalami masalah perut buncit dan ingin mengempiskannya, anda tidak perlu berputus asa kerana terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda. Individu yang mengalami masalah perut buncit akan mengalami masalah dari segi keyakinan dan juga penampilan. Antara beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perut buncit adalah pengambilan makanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.

Seperti mana yang kita tahu,masalah perut boroi atau buncit adalah perkara paling ditakuti oleh lelaki dan juga wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan.Kebiasaannya kaum lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana cara permakanan mereka tidak terkawal berbanding kaum wanita.

Jadi untuk mengatasi masalah ini,saya ingin berkongsi cara atau petua kempiskan perut dengan cepat dan berkesan

cara kempiskan perut2

Daun lidah buaya dan asam jawa


Related image


Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan programming interface yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Asam jawa 


Image result for Daun lidah buaya dan asam jawa


Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya. 

Limau nipis dan kapur sirih


Related image


Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.( Tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau.Takut awak-awak semua tak tahan panas.Buat sikit-sikit dulu ye J ) 

Teh cina dan limau nipis


Image result for Teh cina dan limau nipis


Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur. 

Limau nipis and air

Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat. 


cara mudah kempiskan perut anda


Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli 


Image result for Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli


Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat. 

Berikut merupakan beberapa tips mengempiskan perut:

Khasiat air putih/mineral 
Air putih akan membantu membersihkan organ dalaman dalam tubuh seseorang. Selain itu, ia juga akan membantu memudahkan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit. Secara tidak langsung ia akan memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia dan mengempiskan masalah perut buncit. Oleh itu, perbanyakkanlah minum air putih yang bersih kerana ia juga memberikan tenaga kepada anda. 

Bersenam/olahraga 
Anda yang mengalami masalah perut buncit boleh melakukan senaman sebagai langkah mengempiskan perut. Hal ini kerana melalui senaman ia dapat memberikan kita berat badan yang perfect sesuai dengan berat badan. Senaman juga memberikan tubuh badan yang sihat dan cergas. Pelbagai aktiviti senaman boleh dilakukan seperti running, push-up dan sebagainya. 

Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan 
Pengambilan kandungan garam dalam makanan akan menyebabkan berlakunya penambahan sodium terhadap cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme dalam tubuh seseorang manusia. Kesannya, ia akan menyebabkan berlakunya perut buncit kepada individu tersebut kerana perut akan menjadi kembung dan penuh akibat masalah pengeluaran air yang tidak sempurna. Selain itu, adalah tidak digallakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Hal ini bermaksud, gaya pemakanan yang sihat diperlukan untuk memastikan kesihatan perut anda dan terhindar daripada masalah perut buncit. 

Jauhi push
Jadikan kehidupan anda sesuatu yang menggembirakan tanpa terbeban dengan masalah. Jika anda mempunyai masalah, selesaikan dengan baik dan cuba untuk menjadikan masalah tersebut sebagai bukan bebanan. Hal ini kerana push biasanya akan membuatkan seseorang meningkat nafsu makan dan menyebabkan kesukaran tidur. Selain itu, hindarkan daripada tidur setelah makan kerana ia akan menjadikan perut mudah untuk buncit. Oleh itu, adalah lebih anda banyak ketawa kerana ia akan membantu anda membakar kalori serta lemak yang terdapat dalam tubuh. 

Ubat pelangsing
jika anda mengambil keputusan untuk mengambil ubat pelangsing yang terdapat dalam pasaran, anda haruslah berhati-hari kerana dikhuatiri ia akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan anda. oleh itu, adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar yang lebih mengetahui mengenai ubat yang sesuai untuk anda. 

Selain itu, khidmat dan nasihat yang diberikan doktor juga akan mengelakkan anda daripada menghidapi kesan sampingan berbahaya yang mungkin akan mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Jadi tunggu apa lagi..jom kita amal :)


Post a Comment

0 Comments