Lidah berfungsi membantu mencerna dan mengunyah makanan. Dengan adanya lidah, kita dapat merasakan rasa sesuatu makanan seperti pahit, manis, pedas atau masin. Ketika anda ingin mendapatkan nasihat dari doktor ketika sakit, pastinya doktor ingin melihat lidah anda kerana warna lidah dijadikan sebagai indicator keadaan kesihatan anda.
Berdiri depan cermin, meneliti setiap inci pada anggota badan, adakah semuanya okay. Tapi apabila buka mulut dan melihat lidah, kenapa lidah agak “berkedut” di bahagian tepi. Keadaan ini membuatkan kita mula memikirkan segala kemungkinan kenapa lidah kita sebegitu rupa?
Lidah adalah anggota badan kita yang sangat penting. Tapi berapa ramai dari anda yang tahu sama ada lidah anda berada dalam keadaan sihat atau pun tidak?
Warna Merah Strawberi
Lidah merah berkilat dan halus menunjukkan bahawa tubuh badan anda kekurangan vitamin B12 atau kekurangan zat besi. Jika keadaan lidah ini berterusan, ia boleh menyebabkan kesa kitan ketika makan cecair panas atau makanan pedas. Vegetarian terutama terdedah kepada tahap rendah B12, yang terdapat dalam daging tertentu.
“Sekiranya anda menyedari lidah anda warna merah strawberi, dan anda seorang vegetarian, tanya doktor anda tentang pengambilan makanan tambahan, ” jelas Dale Amanda Tylor, MD, MPH, di Washington Township Medical Foundation.
Warna Gelap Seperti Coklat
Jika warna lidah anda gelap seakan hitam dan lidah malah terdapat bulu halus, ini bererti anda seorang yang malas menjaga kebersihan gigi serta mulut.
“Biasanya lidah yang gelap dan berbulu terjadi disebabkan kuat merokok, ketagih kopi dan tidak menjaga kesihatan oral dengan betul. Ini boleh menyebabkan nafas berbau atau rasa tidak normal.
“Cara terbaik ialah memberus gigi dan lidah atau menggunakan pengikis lidah bagi membuang semua sisa makan yang terlekat, ” terang Jack Der-Sarkissian, MD, seorang doktor keluarga di Southern California.
Kedutan Pada Lidah
Anda semakin berusia, ya, lidah kita juga menunjukkan tanda-tanda penuaan. Ini menyebabkan terdapat kedutan pada permukaan lidah dan kedutan tersebut boleh membuatkan bak teria dan kuman bersarang di lidah anda.
“Keadaan ini tidak berba haya tetapi masalah timbul jika kebersihan gigi tidak dijaga sehingga membawa kepada jangkitan. Anda akan mengalami kesa kitan gigi, bau busuk dan kadang-kadang rasa panas dalam mulut, ” jelas Dr. Der-Sarkissian.
Pastikan anda menjaga kebersihan oral dengan betul dan minum air yang mencukupi.
Benjolan Putih Bawah Lidah
Anda pernah merasa seperti ada benjolan kecil berwarna putih di lidah anda? Tompok putih yang tidak menyakitkan itu dipanggil leukoplakia disebabkan oleh pertumbuhan sel yang berlebihan. Sering dikaitkan dengan perokok, mempunyai kira-kira 5 hingga 17 peratus peluang untuk berkembang menjadi kan ser.
Bagaimana pula kalau yang bukan perokok? “Tompokan itu juga kadang-kadang berlaku kerana kekerapan menggosok lidah, ” kata Ada Cooper, DDS, jurucakap penasihat pengguna untuk American Dental Association di New York City.
Bintik Merah Pada Lidah
Jangan ambil mudah jika bintik-bintik merah yang timbul pada lidah aika anda mengalaminya lebih dari dua minggu. Ini mungkin gejala awal kan ser lidah yang boleh terjadi kepada perokok tegar dan penghidap H I V.
“Walaupun biasanya dikaitkan dengan penggunaan tembakau, kan ser mulut juga boleh disebabkan oleh virus HPV. Jadi dapatkan pemeriksaan segera walaupun ia tidak mengganggu anda, ” jelas Dr Tylor.
Lidah Putih
Keadaan di mana lidah yang berwarna putih menunjukkan bahawa lidah anda telah dijangkiti kuman. Ini boleh menyebabkan lidah anda mengalami u lser. Keadaan ini sering dikaitkan dengan antibiotik.
“Lidah adalah rumah kepada bakteria dan yis secara semula jadi. Apabila anda mengambil antibiotik, yang secara selektif membvnvh bakteria, ia boleh membenarkan yis, yang tidak dibunuh oleh antibiotik, untuk mengambil alih. Keadaan ini mungkin menyebabkan gangguan rasa atau sedikit rasa sakit, juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, ” terang Dr. Tylor.
Apa pun pastikan anda menjaga kebersihan oral dengan baik, bila berus gigi jangan lupa sental sekali lidah.
SUMBER: thehealthy
0 Comments